Goodbye TAWAU....

Sampaikan pesanan dikala kerinduan....

Carian ini dijana oleh google:

Custom Search

V.I.P Bloggers...

Jika anda juga ingin menjadi V.I.P Bloggers seperti mereka.... dapatkan maklumat lanjut di sini! Kenali bloggers popular ini dengan klik pada setiap gambar di bawah:

Hapuskan Everybody draw Muhammed day May 20th



Laman page rasmi "Everybody draw Muhammed day May 20th" telah pun di hapuskan setelah ramai umat islam "report" kan page itu kepada Facebook Inc . syabas di ucapkan. namun begitu.. Mereka (ahli page Everybody draw Muhammed day May 20th) telah create satu lagi laman page yang sama sebagai back up kepada page yg telah di hapuskan. Saya ingin minta tolong rakan2 untuk report page tersebut.


Caranya:

masuk ke sini:
http://www.facebook.com/pages/Everybody-draw-muhammed-day-May-20th-back-up/124602334226418

kemudian klik butang report (sebelah kiri bahagian bawah)

Terima kasih diucapkan buat mereka yang telah bertindak. :)

 

Mr. P dah report... anda bagaimana?

Apa maksud LOL?

| 5 comments



Tadi aku tengah asyik online di facebook, tiba-tiba ada seorang rakan bertanya, "apa maksud LOL" aku pun dengan semangat explain kat dia....
tiba-tiba idea mula tercetus, lalu aku pun buat ringkasan tersebut pada blog ini...

LOL bermaksud  laughing out loud, laugh out loud, atau ada kala nya sebagai lots of laughs.

ada juga perkataan lain syang membawa maksud seperi LOL ni...
contohnya kat bawah:

ROFL pula bermaksud rolling on the floor laughing

BWL pula bermaksud bursting with laughter

Akibat penggunaan kelambu

 

siapa yang tak pernah merasa tidur dalam kelambu?
Kelambu sebenarnya bertujuan bagi menghalang serangan dari nyamuk..
tetapi kalau sudah jadi seperti ini?

P/S: Mr. P lebih rela kena serang oleh nyamuk daripada terlibat dalam kejadian seperti ni... hehehe....

Hari melukis nabi Muhammad?

Idea kartunis Amerika Syarikat, Molly Norris, mengisytiharkan 20 Mei sebagai ‘Everybody Draw Mohammed Day!’ (Hari Melukis Muhammad) menyebabkan beribu-ribu orang mengambil bahagian selain mencetuskan bantahan lebih ramai lagi menyebabkan Pakistan menyekat laman web Facebook.

Norris asalnya mengemukakan cadangan itu sebagai membantah keputusan rancangan Comedy Central menapis episod South Park memaparkan Nabi Muhammad dalam kostum beruang. Cadangannya bulan lalu kemudian menyebabkan ramai pengguna Facebook mengambil bahagian dengan melukis wajah nabi di laman web itu. Sehingga lebih 41,000 pengguna Facebook menyokong karikatur nabi di laman mereka, manakala 56,000 lagi membantah.

Sementara itu, Pakistan mengarahkan pembekal perkhidmatan internet menyekat Facebook kerana menggalakkan pengguna menyiarkan imej Nabi Muhammad

Kemarahan disuarakan di Pakistan dan negara lain kerana Islam melarang penyiaran imej Nabi. Kerajaan Pakistan bertindak selepas sekumpulan peguam Muslim memperoleh arahan mahkamah supaya menyekat Facebook sehingga 31 Mei.
Petang kelmarin, akses kepada laman berkenaan tidak menentu kerana pembekal perkhidmatan internet mula melaksanakan arahan itu.

Di Karachi, kira-kira 2,000 pelajar mengadakan perhimpunan dan mendesak Facebook diharamkan kerana membenarkan karikatur nabi disiarkan. Berpuluh-puluh pelajar berhimpun di kawasan berhampiran sambil memegang papan tanda menggesa jihad terhadap penghina nabi.
Beberapa negara lain seperti China sudah mengharamkan Facebook buat selama-lamanya
Diharapkan pengguna facebook sedar akan tujuan mereka menyertai laman sosial ini. Mungkin ada kebaikan dan terdapat juga keburukan. Jangan sampai dalam tidak disedari, kita sendiri bersubahat dalam menjatuhkan Islam. Tepuk dada tanya iman!

Ingin tersenarai sebagai Bloggers popular? Ini untuk anda.


Saya kini dengan rela hati ingin melabelkan anda sebagai bloggers terhormat (V.I.P Bloggers) caranya cukup mudah... anda lihat ruangan ini pada blog saya... :

----------------------------------------------

pada ruangan inilah blog anda akan di promosi secara percuma.. cuma perlu ikut pada langkah-langkah di bawah.....

1. copy and paste kod di bawah pada blog anda.... letakkan di mana saja mengikut kreativiti anda.

copy and paste code ini di blog anda
pencari konklusi



2. kemudian, tinggalkan komen anda pada entry ini. Sila sertakan nama blog anda, URL blog anda, dan URL imej yang ingin di jadikan sebagai gambar promosi blog anda. Saya akan menolong anda... secara ikhlas...

Tunggu apa lagi? ini peluang terbaik untuk menarik pembaca ke laman blog anda...

Bonus untuk anda: saya akan letakkan juga URL blog anda pada blog rasmi saya saya kini mencapai pelawat purata 1000 unique visitor dalam sehari...

Sang pencari konklusi menunggu penyertaan dari anda...!!

Komen paling lawak bagi Akademi Fantasia 8

| 1 comments


Pada malam konsert akhir akademi fantasi berlangsung aku sibuk dengan facebook.. hhehe.. dalam kesibukan tu, aku terjumpa la komen ini...

memang lawak... sampai rasa nak terguling pun ada....

kalau ada yg tak faham dengan komen tersebut, tinggalkan komen anda.... (komen tersebut dalam gaya sabahan)

Bantahan konsert Inul di Tawau, Sabah


Gambar Demonstrasi Bantah Konsert Inul di Masjid Al Kauthar, TAWAU pada 21 May 2010 (selepas solat jumaat) Diikuti dengan penyerahan memorandum di Majlis Perbandaran Tawau.

Sidang Media selepas penyerahan Memorandum Bantahan di Majlis Perbandaran Tawau... Antara yang yang hadir .. Pesuruhjaya PAS Sabah... AJK Masjid Taman Wawasan, Tawau... Masjid Nurul Huda, Tawau...Wakil GAMIS (Gabungan Mahasiswa Islam)... Wakil MARSIS (Markas Siswa Siswi Islam Sabah Sarawak)
-------------------------------------------------

TAWAU 22 Mei - Pergerakan Wanita UMNO bahagian Kalabakan hari ini meminta pihak berkuasa supaya membatalkan konsert ”ratu gelek” Indonesia Inul Darasati yang dijadual berlangsung pada 29 Mei ini di Kompleks Sukan Tawau.

Ketuanya Datuk Hamisa Samat berkata, pergerakan itu bimbang kehadiran penyanyi dangdut tersebut akan menyumbang kepada keruntuhan akhlak khususnya pada kalangan anak-anak muda di sana.

"Wanita UMNO Kalabakan difahamkan bahawa persediaan sedang diatur untuk membawa ratu gelek Indonesia, Inul ke Tawau,” katanya semasa berucap pada Program Juara Rakyat Wanita dan Keluarga 1Malaysia anjuran UMNO Kalabakan, di sini hari ini.

Beliau juga menyarankan agar pihak berkuasa mengharamkan terus Inul atau nama sebenarnya Ainul Rokhimah yang terkenal dengan tarian ”gelek gerudi” daripada mengadakan persembahan di daerah itu. - Bernama



Dunia moden mengundang BAHAYA

Seorang lelaki Jepun mengahwini karektor dalam permainan video popular, membawanya dan konsol mainannya untuk berbulan madu di luar negara.

Lelaki itu yang mahu dikenali sebagai nama samaran onlinenya, SAL9000, menemui karektor Nene Anegasaki ketika bermain permainan simulasi "Love Plus".

Mereka berkahwin beberapa minggu lalu dan menyiarkan majlis itu menerusi laman web Youtube.

SAL9000 yang enggan mendedahkan nama sebenarnya kerana bimbang disalahfaham, mengaku menjadi "otaku", gelaran untuk golongan muda Jepun yang ketagih permainan video, komputer dan alam fantasi.

Dalam budaya otaku, ada tradisi memanggil karektor dalam permainan video sebagai "isteri saya"

"Memandangkan saya memanggilnya isteri saya, saya berpendapat, lebih baik saja kami berkahwin," kata SAL9000 ketika diwawancara televisyen Reuters.



Lirik mencari konklusi jadi inspirasi

Belum tersimpul mati
Ikatan itu ku buka sendiri
Terus bertempiaran
Cinta huraian
Ku takkan mengerti

Teka silangkata
Membuat parah menambah persoalannya
Aku tak pasti yang kita hadapi
Yang kita semua cari

Coba tenang seketika
Coba pejam mata
Biar resah hilang saja

Dan coba diamnya bicara
Sediam bersama
Di temani jasad kita

Kan ku cari konklusi

Siapa Paling Manja... Lelaki Atau Wanita..?

Di suatu ketika, pada suatu masa terdapat dua kumpulan iaitu satu kumpulan lelaki dan satu kumpulan wanita, sedang berdebat atas isu “SIAPA YANG LEBIH MANJA, LELAKI ATAU WANITA”.

Kumpulan wanita menyokong, lelaki lebih manja daripada wanita, sementara kumpulan lelaki pula menyokong wanita lebih manja daripada lelaki. Perdebatan berkenaan kelihatan seperti tiada penghujungnya dan jauh sekali akan tamat. Tiba2 bangun seorang dari kumpulan wanita.

Wanita cantik dan manis, belesung pipit di pipinya serta bertahi lalat di atas bibir dengan senyum menawan pun berkata, “Saya tetap mengatakan kaum lelaki adalah… adalah lebih manja daripada kaum wanita…..

Alasannya…semasa masih bayi dan kanak2, lelaki termasuk suami saya menyusu dengan ibu mereka dan apabila telah berkahwin pun kaum lelaki masih lagi menyusu termasuklah suami saya…..”

He..He..He..

nota: nie jwapn aku bls blik apa yg pompuan 2 ckp...org pompuan dari dia akil baligh smpai monopos..ttp akn pakai lampin or tuala... konklusina.. kita semua sama.. logik kan jawapanku? seperti jawapan SPM 2010 pulak.. :D

Perangkap "hebat" wanita



Terdapat pelbagai petua untuk menambat hati insan tersayang. Bagi kaum wanita, mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan suami atau teman lelaki tetap setia di sisi.

Di sini diperturunkan 25 sifat yang perlu ada pada wanita supaya kaum lelaki tetap setia walaupun seribu godaan menanti mereka.

Kesemua petua ini tidak sukar untuk dipraktikkan kerana apa yang perlu anda lakukan hanyalah menonjolkan perkara positif yang ada pada diri anda supaya si dia menyedari kehadiran anda di sisinya.

1. Bentuk tubuh yang menarik. Susuk tubuh hebat sememangnya menjadi dambaan lelaki. Bagi wanita yang secara semulajadi mempunyai susuk tubuh persis model, peliharalah ia supaya kekal hingga bila-bila. Bagi mereka yang terlebih montok pula, lakukan sesuatu agar susuk tubuh kembali langsing. Lelaki suka golongan wanita yang berusaha untuk tampil cantik di hadapan mereka.

2. Selain bentuk tubuh, aset lain yang mampu menggegarkan hati lelaki ialah mata, punggung dan langkah yang kemas. Jangan pelik jika ada lelaki yang jatuh cinta kepada anda hanya kerana anda mempunyai jari yang runcing dan kuku yang bersih. Ini kerana selera setiap individu itu berbeza di antara satu sama lain.

3. Sentiasa tersenyum apabila berbicara. Cuma jangan keterlaluan kerana nanti si dia fikir anda 'tidak sihat' pula. Bagi mereka yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi daripada teman lelaki atau suami, jangan pula menunjuk-nunjuk kerana lelaki sangat gemarkan wanita yang merendah diri dan tahu menghormati orang lain.

4. Lemah lembut. Sifat ini cukup untuk mencairkan hati lelaki. Tapi awas, lelaki tidak suka wanita yang mengada-ngada atau menunjukkan sikap manja yang berlebihan.

5. Jujurlah dengan teman lelaki atau suami anda. Si dia pasti akan menghargai anda kerana lelaki sangat suka dengan wanita yang jujur atau tidak menipu.

6. Penampilan yang sederhana. Jangan keterlaluan apabila bersolek kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang mempunyai kecantikan semulajadi. Paling penting, anda perlu tahu bahawa kecantikan itu sangat subjektif. Lakukan apa yang dia suka dan elakkan perkara yang tidak digemarinya.

7. Jangan perasan walaupun anda sememangnya mempunyai paras wajah yang cantik. Kalau ada orang lain yang memuji anda cantik, cukup dengan sekadar tersenyum. Si dia pasti bangga dengan sikapmu itu.

8. Bermanjalah dengan si dia apabila si dia memerlukan anda bersikap sedemikian. Selalunya apabila berada di dalam situasi yang romantik, lelaki juga suka bermanja atau dimanjakan. Ketika ini anda bolehlah menunjukkan kemahiran 'manja' yang anda miliki.

9. Bijak menyesuaikan diri di dalam apa jua situasi terutama apabila berada di hadapan khalayak ramai atau di majlis-majlis rasmi. Pasti si dia tersenyum bangga melihat personalitimu itu.

10. Jangan bercakap perkara yang remeh-temeh kepada si dia. Cakaplah perkara yang penting sahaja kerana perkara remeh-temeh yang anda sampaikan itu hanya akan membuatkan si dia bosan dengan sikapmu. Lebih membuatkan si dia menyampah jika anda suka bercerita tentang perkara yang melibatkan orang lain atau lebih tepat suka mengumpat.

11. Matang apabila bersama dengannya. Lelaki tidak gemar dengan wanita yang terlalu keanak-anakan. Apatah lagi kalau anda sememangnya sudah berusia.

12. Jangan sekali-kali membandingkan si dia dengan rakan lelaki yang lain. Perkara itu hanya akan membuatkannya marah atau lebih teruk, si dia tidak akan berasa selesa bila bersama dengan anda lagi.

13. Jadilah peneman si dia sama ada di waktu senang atau susah. Wanita sebegini selalunya akan menjadi sumber inspirasi atau kekuatannya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah.

14. Jadilah pendengar yang setia. Jangan sekali-kali memotong percakapannya apabila si dia sedang bercakap. Lelaki tidak suka wanita yang terlalu banyak bercakap tetapi tidak tahu mendengar apabila orang lain berbicara.

15. Pandai membelai. Walaupun lelaki sinonim dengan sifat kasar, namun pada waktu tertentu mereka sangat suka apabila dibelai oleh insan yang paling dicintai.

16. Jangan terlalu suka meminta-minta, merengek atau mendesak-desak kepada lelaki. Lelaki tidak gemar wanita terlalu berkuasa di dalam sesebuah perhubungan. Jika anda sangat memerlukan sesuatu perkara, mintalah secara baik kerana lelaki selalunya mudah untuk bertolak-ansur dalam pelbagai perkara.

17. Sentiasa menunjukkan sikap prihatin terhadap teman lelaki atau suami. Apa salahnya sesekali anda menghubunginya untuk mengucapkan selamat pagi atau selamat makan tengahari kepadanya. Walaupun nampak kecil, tetapi apa yang anda lakukan memberikan impak yang cukup besar terhadap teman lelaki atau suami anda.

18. Belajar berdikari dan jangan terlalu bergantung harap pada si dia. Selalunya lelaki tidak suka melakukan perkara yang remeh kerana banyak lagi perkara lain yang lebih penting perlu mereka fikirkan. Apa salahnya anda pergi ke pasar atau membayar bil seorang diri.

19. Tunjukkan kepadanya bahawa anda mempunyai prinsip hidup yang jelas. Jangan sekali-kali membiarkan lelaki mempermainkan anda. Lelaki selalunya lebih menghormati golongan wanita yang sebegini.

20. Berterus-teranglah dengan teman lelaki atau suami anda. Jangan sekali-kali menyorokkan kebenaran daripada mereka walaupun sesetengah kebenaran itu sememangnya pahit untuk ditelan.

21. Berikan sedikit kebebasan kepada si dia. Adakalanya lelaki juga mahu menghabiskan masa mereka bersama teman-teman mereka yang lain. Kalau anda boleh melakukannya, pasti si dia tidak teragak-agak untuk terus bersama anda.

22. Belajar menghormatinya. Selain dirinya, anda juga perlu bijak menjaga hati ahli keluarga serta teman-teman rapatnya. Jika ahli keluarga serta teman-temannya menyukai anda, itu merupakan satu petanda bahawa perhubungan anda akan berkekalan sampai bila-bila.

23. [b]Jangan tunjukkan diri anda seperti seorang individu yang terlalu sempurna. Anda perlu terima hakikat bahawa di dalam dunia ini tiada seorang pun yang sempurna. Lelaki juga selalunya suka kepada wanita yang berani mengakui kelemahan dan kesilapan diri. Itu menunjukkan wanita tersebut sangat realistik dengan apa sahaja yang dilakukannya.

24. Belajarlah memasak. Apa gunanya anda menjadi seorang wanita sekiranya anda tidak pandai memasak. Tidak perlu memasak masakan yang terlalu rumit, cukuplah jika si dia mampu menelan masakan anda. Apa yang penting anda menunjukkan minat untuk belajar memasak masakan kegemarannya. Pasti si dia berbangga dengan usaha anda itu.

25. Berpendidikan. Anda tidak semestinya perlu mempunyai segulung ijazah daripada mana-mana universiti. Tetapi tonjolkan sikap individu yang mempunyai etika serta sikap yang menyenangkan apabila anda bersama si dia. paling penting sentiasa bertindak rasional dan berfikiran positif apabila anda mengalami sebarang masalah.

Lembaga Siasatan Ditubuh Siasat Kes Banduan Lari Penjara Tawau

TAWAU, 18 Mei (Bernama) -- Jabatan Penjara Malaysia sudah menubuhkan Lembaga Siasatan bagi menyiasat insiden seorang banduan, Anas Omar melarikan diri dari Penjara Tawau di sini pada 15 Mei lalu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Penjara Malaysia Za'ba Abu Bakar dalam satu kenyataan kepada Bernama berkata jika lembaga berkenaan mendapati anggota berkaitan cuai ketika menjalankan tugas tindakan menahan kerja akan diambil.

"Selaras dengan fungsi yang dimainkan oleh jabatan ini iaitu menjaga keselamatan masyarakat melalui penahanan yang selamat dan program pemulihan yang efektif, maka jabatan ini tidak akan berkompromi dengan mana-mana pelanggaran peraturan dan prosedur penjara," kata Za'ba.

Katanya tindakan tegas terhadap mana-mana anggota yang didapati cuai dalam melaksanakan tugas dan menyebabkan berlakunya kejadian banduan lari dari penjara akan dilaksanakan di mana-mana institusi penjara di negara ini.

Sementara itu, Za'ba berkata gerakan memburu dan mengesan Anas yang melarikan diri ketika menjalani latihan pertanian di kawasan kebun sayur penjara Tawau, masih diteruskan dengan kerjasama pasukan polis.

-- BERNAMA



bagi saya sebagai pembaca serta seorang warga TAWAU, jangan biarkan pisang berbuah dua kali.. ambil tindakan sewajarnya agar perkara ini tidak berulang lagi. Jangan sudah terhantuk baru nak terngadah... semoga pihak berkuasa dapat menangkap semula banduan ini secepat yang mungkin.

Anak Dara ku Di larikan Pengkid

KUALA LUMPUR 17 Mei – “Jangan cari aku. Minta maaf ayah dan ibu”. Itulah nota yang ditinggalkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun kepada keluarganya di Kampung Sungai Gajah, Semporna, Sabah sehingga menyebabkan ibu bapanya tidak tidur lena sehingga kini.

Mana tidaknya, sejak nota itu ditemui pada 15 April lalu, anak gadis kesayangan mereka langsung tidak pulang ke rumah, malah khabar diterima mengatakan dia sudah jauh meninggalkan negeri Di Bawah Bayu itu untuk berhijrah ke Kuala Lumpur mengikut kekasihnya, seorang pengkid.

Marnie Abdul Sarang atau mesra dipanggil ‘Mimie’ sanggup meninggalkan ibu bapa dan adik beradiknya semata-mata mahu hidup semati bersama kekasih yang merupakan rakan sekampung dikenali sebagai Norjaimah, 20, selepas berkenalan di sekolah.

Menurut bapanya, Abdul Sarang Banguan, 42, dia percaya Marnie dan Norjaimah kini berada di ibu negara kerana terdapat bukti mereka menaiki pesawat AirAsia dari Tawau, Sabah ke Kuala Lumpur pada pukul 9.30 malam pada hari anaknya menghilangkan diri.

“Mimie ada meninggalkan sekeping nota dalam biliknya memohon maaf daripada saya dan isteri serta meminta kami agar tidak mencarinya.

“Kami yang bimbang dengan keselamatan Mimie cuba mencarinya termasuk pergi ke Tawau yang terletak kira-kira 40 kilometer dari Semporna tetapi gagal lalu membuat laporan mengenai kehilangannya di Balai Polis Semporna pada keesokan harinya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdul Sarang, seorang petani memberitahu, mereka sekeluarga terutama isterinya, Norhayati Hambong, 43, cukup bimbang dengan keselamatan anak kedua daripada tiga beradik itu memandangkan Mimie masih di bawah umur dan tidak pernah tinggal berjauhan dengan keluarga.

Menurutnya, Mimie yang sepatutnya belajar di tingkatan dua sudah berhenti sekolah kerana tidak lagi minat belajar sejak setahun lalu tetapi patuh kepada keluarga serta rajin membantu ibunya.


Sedikit renungan dari Sang Pencari Konklusi

Apa lah nak jadi dengan remaja ni? sanggup tinggalkan keluarga kerana hubungan sejenis.. sudah la menderhaka, hubungan sejenis lagi.. hobinya kumpul dosa ka? fikir-fikirkan...

Uda yang bercinta degan Dara

Sangat layan lagu ini....


Joe flizzow feat amy search-isabella

Isabella adalah (cinta)
kisah cinta dua dunia (ku mencintainya seperti)
mengapa kita berjumpa,
namun akhirnya (namun)
terpisah…

ku mencintainya seperti
ku mencintainya seperti
laksamana Tuah dan Gusti Putri Retno Dumillah
untuk dia ku seberangi selat
bertemu sewaktu menaiki satu pesawat
pada mula suaranya buat ku hampir tewas
dan bila ku lihat wajahnya ku benar hampir tewas
sungguh wajah cantik mata pernah melewat
kapal terbang berlepas
ku langsung beralih tempat
dia mengizinkan ku duduk di pinggirnya dengan sopan
memperkenalkan dirinya sebagai Isabella
senyumannya ramah, pertuturannya manja
waktu kami bicara
waktu tinggi diantara Kuala Lumpur dan Jakarta
ku telah jatuh cinta
dan dia pun juga
bulan jatuh ke riba,
suka sama suka
walau apa halangan atau pancaroba
ku tetap kan coba
demi Isabella…

dia Isabella (cintaku)
lambang cinta yang lahara (ratuku)
terpisah kerana (namun)
adat yang berbeza

ku mencintainya seperti
dia cintaku yang pertama
seperti dia yang ku ingin tua bersama
setelah ku menunggunya untuk sekian lama
melengkapkan ku bagai lagu dan irama
setiap detik di Jakarta
ku disampingnya
dan dia disisiku
bagai isi dan kuku
kita berdua tahu
walau ramai mengganggu
kasihnya tetap utuh dan bertambah kukuh
jadi (jadi)
kita mula berbisik lebih dekat
genggam tangan lebih erat
tubuh dipeluk lebih kuat
disinari bintang-bintang diangkasa lepas
tidak mahu lelapkan mata walau malam pun dah lewat
hatiku ditambat bidadari
dan bila waktu ku harus pulang ke tanahair
di ruang menunggu dia katakan padaku
cinta, tungguku di Kuala Lumpur (yeah)

dia Isabella (cintaku)
lambang cinta yang lahara (ratuku)
terpisah kerana (namun)
adat yang berbeza

ku mencintainya seperti
Uda mencintai Dara
ku perlukannya bagai ku perlukan udara
seperti hamba yang menunggu angin lalu
namun, ku merasakan dirinya amat jauh
pencarianku seperti meraba dalam gelap
ku menantikan panggilannya
siang dan malam
kemudian tiba hari suaranya di gagang
perbualan pilu yang bermula dengan sayang
walau kau ku cinta untuk selamanya
kita tidak bisa berdua bersama
dan jika kau kasih
jangan tanya mengapa
kerna hatiku merana dan ku jua duka
berakhirlah kisah cinta yang terlarang
kita cuma manusia hanya bisa merancang
sebak di dada masih terasa hingga kini
untuk dia ku nyanyi lagu ini (yeah)

dia Isabella (cintaku)
lambang cinta yang lahara (ratuku)
terpisah kerana (namun)
adat yang berbeza
cintaku gugur bersama daun-daun kekeringan
moga dibukakan
pintu hatimu untukku
akan terbentang jalan
andainya kau setia
oh Isabella…….


P/s: aku letak tajuk entry ini "Uda yang bercinta degan Dara" sebab aku suka rangkap warna merah di atas.. :D

Apa itu CINTA?

| 0 comments

Disini aku ada penyelesaian bagi mereka yang sedang dan telah kecewa dalam percintaan...






CINTA... fahami apa itu CINTA... telah ku cari konklusi nya.. maka, ini lah cinta


C=Cinta
I=Itu
N=Nikmat
T=Tapi
A=awas

sebelum keterlanjuran dan lebih ramai bayi di buang.. fahami makna cinta itu...

Salam percintaan~~~~ :D

Mari rileks bersama teka-teki

Bosan? ingin gelak ketawa? inilah konklusinya....

1) Minyak ape yang disukai oleh lelaki?
Answer: MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M

2) Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Answer: Kuih salah bikin.

3) Binatang ape power Karate?
Answer: Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade.

4) Siape yang menemukan dompet kulit?
Answer: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada
saye.

5) Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Answer: Pintu yang ade tulis 'TARIK'

6) Saya ade 3 kepala, 4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
Answer: Pembohong...

7) Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'?
Answer: Usus

8) Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Answer: Kutu rambut

9) Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
Answer: Neneknye si katak

10) Knape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Answer: Sbb lelaki ni kan 'buaya'

11) Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Answer: - Sekretari baik..................'Selamat pagi tuan'
- Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni tuan'

12) Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Answer: Dua-dua tak kenal korang...hehe

13) Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Answer: Tukang gali kubur

14) Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Answer: Tahi hidung

15) Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Answer: Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...

16) Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Answer: Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ...gile
ape...

17) Gajah terbang dengan ape?
Answer: Dengan susah payah......

Definisi sebenar Tumblr



Definisi Tumblr diberikan seperti di bawah:

“Tumblr is a blogging platform that allows users to post text, images, video, links, quotes, and audio to their tumblelog, a short-form blog. Users are able to “follow” other users and see their posts together on their dashboard.”

Dengan fungsinya sebagai sebuah platform microblogging, Tumblr amat mudah digunakan dan pengguna boleh memuatkan apa sahaja, dari artikel pendek, sehinggalah kepada kandungan multimedia seperti audio, gambar dan video, selain pengguna boleh memuatkan kandungan berbentuk links dan chat dengan begitu mudah. Selain itu, pengguna Tumblr pula boleh melakukan follow ke atas blog (atau disebut sebagai tumblelogs) sama seperti di Twitter.

credit: sang pencari konklusi berterima kasih kepada junaidisite[dot]com

Piala Thomas: China akhiri impian Malaysia

| 0 comments

LIN Dan (kiri), melakukan aksi 'robot' selepas menewaskan Chong Wei, malam tadi.
LIN Dan (kiri), melakukan aksi 'robot'
selepas menewaskan Chong Wei, malam tadi.


HARAPAN jutaan rakyat Malaysia musnah dalam tempoh 124 minit apabila skuad Piala Thomas negara mempamerkan permainan 'tanpa jiwa' untuk tunduk mudah kepada juara bertahan, China 3-0 dalam saingan separuh akhir, malam tadi.

Tiada keajaiban kali ini berbanding ketika Malaysia menewaskan China pada 1992 di Kuala Lumpur dan 2002 di Guangzou apabila Lee Chong Wei dan rakan-rakan tampak gagal menggalas bebanan dan harapan diletakkan kepada mereka untuk menamatkan kemarau 18 tahun tanpa gelaran.

Sorakan hampir 10,000 penonton yang membanjiri Stadium Putra tampak tidak mampu mengangkat semangat pemain negara sebaliknya menjadikan pemain China lebih ‘berjiwa’ dalam permainan mereka apabila satu persatu pemain tuan rumah ditumbangkan juara bertahan itu untuk melangkah ke final bertemu musuh ketat Indonesia, esok.

Kekalahan Malaysia sudah dipastikan sebaik Chong Wei mudah dijinakkan musuh ketatnya Lin Dan 17-21, 8-21 dalam masa 47 minit sebelum gandingan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong tumpas 15-21, 10-21 dalam 36 minit kepada Cai Yun-Fu Haifeng.

Sedikit demi sedikit peminat mula meninggalkan tempat duduk masing-masing, menyedari bahawa perseorangan kedua negara, Wong Choong Hann tidak mempunyai peluang menentang Chen Jin dan telahan mereka benar apabila bekas juara remaja dunia dari China itu menang 21-16, 21-7 dalam 41 minit bagi mata kejayaan China.

Hakikatnya, barisan jurulatih negara diterajui Rashid Sidek dan Rexy Mainaky terperangkap dengan corak luar biasa ditunjukkan pemain China yang jelas lebih pantas, bertenang dan bersemangat.
Bagi Chong Wei sendiri kekalahannya kepada Lin Dan, menamatkan rekod tanpa kalahnya kepada pemain China itu dalam enam pertemuan sebelum ini di gelanggang sendiri.

“Saya bermain buruk dan semuanya salah saya sendiri,” kata Chong Wei. “Lin Dan bermain bagus dan saya pula terlalu memikirkan hendak menang hingga menjejaskan permainan saya. Malah saya tidak dapat bergerak dengan baik dan rasakan gelanggang begitu kecil sekali.”

Kien Keat-Boon Heong juga mati akal bertemu Cai Yun-Fu Haifeng, yang jauh lebih pantas dan agresif berbanding mereka berdua.

“Mereka (Cai Yun-Fu Haifeng) lebih baik,” kata Boon Heong. “Kita cuba bermain tetapi mereka sangat pantas dan mengawal gelanggang dengan baik.”


Pesanan Pencari Konklusi: China memang terunggul dalam sukan Badminton, tapi tidak mustahil suatu hari nanti piala Thomas akan kembali ke Malaysia.. Malaysia boleh!

Mencari Konklusi itu blog ku

Baru sehari blog ini di wujudkan di alam maya. Sebelum konklusinya mula di cari, izinkan aku memperkenalkan diri. Namaku tak perlu di sebutkan. Cukuplah sekdar mengenali ku sebagi si Pencari Konklusi. Bukan setakat konklusi yg dicari.. termasuk lah juga jodoh. Jodoh itu perlu bagi ku... hehhee....

Sejarah penubuhan mencari konklusi ni... crita nya pendek jak.. bermula apabila aku mula bersiul lagu Mencari Konklusi drpd Hujan.. terus idea muncul. Aku pun terusla buat blog ni... begitu jak la sejarahnya.. simple jak.. nasib xda d tnya dalam SPM... kalau ada.. memang A+ aku dapat.
Apa juak ada dlm blog ni? Tidak perlu di persoalkan.. macam2 aku post dalam blog ni. Kalau ada berani, request la apa yang kamu mahu.... email jak: [pencarikonklusi@gmail.com]
bukan juak di bayar. Free Of Charge. Pembaca setia blog ini diutamakan... awek-awek chantek di dahulukan.

Sekian dahulu.... assalamualaikum.

Mencari Konklusi Kerana Situasi

Salam....
ini merupakan 1st post untuk blog saya.


web tracker