Goodbye TAWAU....

Sampaikan pesanan dikala kerinduan....

Carian ini dijana oleh google:

Custom Search

V.I.P Bloggers...

Jika anda juga ingin menjadi V.I.P Bloggers seperti mereka.... dapatkan maklumat lanjut di sini! Kenali bloggers popular ini dengan klik pada setiap gambar di bawah:

Lembaga Siasatan Ditubuh Siasat Kes Banduan Lari Penjara Tawau

TAWAU, 18 Mei (Bernama) -- Jabatan Penjara Malaysia sudah menubuhkan Lembaga Siasatan bagi menyiasat insiden seorang banduan, Anas Omar melarikan diri dari Penjara Tawau di sini pada 15 Mei lalu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Penjara Malaysia Za'ba Abu Bakar dalam satu kenyataan kepada Bernama berkata jika lembaga berkenaan mendapati anggota berkaitan cuai ketika menjalankan tugas tindakan menahan kerja akan diambil.

"Selaras dengan fungsi yang dimainkan oleh jabatan ini iaitu menjaga keselamatan masyarakat melalui penahanan yang selamat dan program pemulihan yang efektif, maka jabatan ini tidak akan berkompromi dengan mana-mana pelanggaran peraturan dan prosedur penjara," kata Za'ba.

Katanya tindakan tegas terhadap mana-mana anggota yang didapati cuai dalam melaksanakan tugas dan menyebabkan berlakunya kejadian banduan lari dari penjara akan dilaksanakan di mana-mana institusi penjara di negara ini.

Sementara itu, Za'ba berkata gerakan memburu dan mengesan Anas yang melarikan diri ketika menjalani latihan pertanian di kawasan kebun sayur penjara Tawau, masih diteruskan dengan kerjasama pasukan polis.

-- BERNAMA



bagi saya sebagai pembaca serta seorang warga TAWAU, jangan biarkan pisang berbuah dua kali.. ambil tindakan sewajarnya agar perkara ini tidak berulang lagi. Jangan sudah terhantuk baru nak terngadah... semoga pihak berkuasa dapat menangkap semula banduan ini secepat yang mungkin.

0 comments:


web tracker