Goodbye TAWAU....

Sampaikan pesanan dikala kerinduan....

Carian ini dijana oleh google:

Custom Search

V.I.P Bloggers...

Jika anda juga ingin menjadi V.I.P Bloggers seperti mereka.... dapatkan maklumat lanjut di sini! Kenali bloggers popular ini dengan klik pada setiap gambar di bawah:

Anak Dara ku Di larikan Pengkid

KUALA LUMPUR 17 Mei – “Jangan cari aku. Minta maaf ayah dan ibu”. Itulah nota yang ditinggalkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun kepada keluarganya di Kampung Sungai Gajah, Semporna, Sabah sehingga menyebabkan ibu bapanya tidak tidur lena sehingga kini.

Mana tidaknya, sejak nota itu ditemui pada 15 April lalu, anak gadis kesayangan mereka langsung tidak pulang ke rumah, malah khabar diterima mengatakan dia sudah jauh meninggalkan negeri Di Bawah Bayu itu untuk berhijrah ke Kuala Lumpur mengikut kekasihnya, seorang pengkid.

Marnie Abdul Sarang atau mesra dipanggil ‘Mimie’ sanggup meninggalkan ibu bapa dan adik beradiknya semata-mata mahu hidup semati bersama kekasih yang merupakan rakan sekampung dikenali sebagai Norjaimah, 20, selepas berkenalan di sekolah.

Menurut bapanya, Abdul Sarang Banguan, 42, dia percaya Marnie dan Norjaimah kini berada di ibu negara kerana terdapat bukti mereka menaiki pesawat AirAsia dari Tawau, Sabah ke Kuala Lumpur pada pukul 9.30 malam pada hari anaknya menghilangkan diri.

“Mimie ada meninggalkan sekeping nota dalam biliknya memohon maaf daripada saya dan isteri serta meminta kami agar tidak mencarinya.

“Kami yang bimbang dengan keselamatan Mimie cuba mencarinya termasuk pergi ke Tawau yang terletak kira-kira 40 kilometer dari Semporna tetapi gagal lalu membuat laporan mengenai kehilangannya di Balai Polis Semporna pada keesokan harinya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdul Sarang, seorang petani memberitahu, mereka sekeluarga terutama isterinya, Norhayati Hambong, 43, cukup bimbang dengan keselamatan anak kedua daripada tiga beradik itu memandangkan Mimie masih di bawah umur dan tidak pernah tinggal berjauhan dengan keluarga.

Menurutnya, Mimie yang sepatutnya belajar di tingkatan dua sudah berhenti sekolah kerana tidak lagi minat belajar sejak setahun lalu tetapi patuh kepada keluarga serta rajin membantu ibunya.


Sedikit renungan dari Sang Pencari Konklusi

Apa lah nak jadi dengan remaja ni? sanggup tinggalkan keluarga kerana hubungan sejenis.. sudah la menderhaka, hubungan sejenis lagi.. hobinya kumpul dosa ka? fikir-fikirkan...

0 comments:


web tracker