Goodbye TAWAU....

Sampaikan pesanan dikala kerinduan....

Carian ini dijana oleh google:

Custom Search

V.I.P Bloggers...

Jika anda juga ingin menjadi V.I.P Bloggers seperti mereka.... dapatkan maklumat lanjut di sini! Kenali bloggers popular ini dengan klik pada setiap gambar di bawah:

Bantahan konsert Inul di Tawau, Sabah


Gambar Demonstrasi Bantah Konsert Inul di Masjid Al Kauthar, TAWAU pada 21 May 2010 (selepas solat jumaat) Diikuti dengan penyerahan memorandum di Majlis Perbandaran Tawau.

Sidang Media selepas penyerahan Memorandum Bantahan di Majlis Perbandaran Tawau... Antara yang yang hadir .. Pesuruhjaya PAS Sabah... AJK Masjid Taman Wawasan, Tawau... Masjid Nurul Huda, Tawau...Wakil GAMIS (Gabungan Mahasiswa Islam)... Wakil MARSIS (Markas Siswa Siswi Islam Sabah Sarawak)
-------------------------------------------------

TAWAU 22 Mei - Pergerakan Wanita UMNO bahagian Kalabakan hari ini meminta pihak berkuasa supaya membatalkan konsert ”ratu gelek” Indonesia Inul Darasati yang dijadual berlangsung pada 29 Mei ini di Kompleks Sukan Tawau.

Ketuanya Datuk Hamisa Samat berkata, pergerakan itu bimbang kehadiran penyanyi dangdut tersebut akan menyumbang kepada keruntuhan akhlak khususnya pada kalangan anak-anak muda di sana.

"Wanita UMNO Kalabakan difahamkan bahawa persediaan sedang diatur untuk membawa ratu gelek Indonesia, Inul ke Tawau,” katanya semasa berucap pada Program Juara Rakyat Wanita dan Keluarga 1Malaysia anjuran UMNO Kalabakan, di sini hari ini.

Beliau juga menyarankan agar pihak berkuasa mengharamkan terus Inul atau nama sebenarnya Ainul Rokhimah yang terkenal dengan tarian ”gelek gerudi” daripada mengadakan persembahan di daerah itu. - Bernama



0 comments:


web tracker